fbpx

Lelaki nyaris maut, kereta diserang gajah liar di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Toyota Vios yang rosak teruk selepas diserang gajah liar di Kilometer 11, JRTB Jeli-Gerik di Gerik semalam.

GERIK – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya diserang kawanan gajah liar di Kilometer 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 39 tahun pada pukul 11.36 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 8.15 malam ketika mangsa yang memandu kereta Toyota Vios dalam perjalanan dari arah Jeli menghala ke Gerik.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa ternampak kawanan gajah melintas jalan. Lelaki itu kemudian memberhentikan kenderaannya dan mematikan lampu.

“Bagaimanapun, kenderaan belakang kemudian membunyikan hon menyebabkan tiga ekor gajah menghampiri mangsa. Pemandunya yang panik segera keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan, namun pemandunya tidak cedera. Lelaki itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Gerik selepas haiwan liar terbabit beredar.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan sebuah kereta mengalami kerosakan teruk selepas diserang gajah liar berhampiran Tugu Peringatan JRTB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI