fbpx

‘Pasangan kekasih’ jerat mangsa langgar kereta, ugut pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michael bersama mangsa ketika sidang akhbar kes kemalangan palsu di Wisma MCA. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – ‘Sepasang kekasih’ menjadikan kemalangan kecil sebagai helah untuk memeras wang dengan menyasarkan pemandu wanita yang melalui lorong sempit dan kawasan sunyi.

Difahamkan, mereka sengaja melanggar atau membiarkan dilanggar sebelum berpura-pura menjadi ‘mangsa kemalangan’ dan mendesak mangsa supaya membayar pampasan di lokasi kejadian.

Lebih keji, mereka turut menggunakan taktik ugutan psikologi seperti pasangan mengandung dan perlu segera pulang ke kampung.

Mangsa juga akan diugut kononnya akan disaman sebanyak RM300 sekiranya membuat laporan polis dan bagi mengelakkan kerugian lebih besar maka wang perlu dijelaskan kepada suspek di tempat kejadian.

Tiga kenderaan dikenal pasti terlibat dalam siri penipuan melibatkan dua buah kenderaan jenis Honda serta sebuah Proton.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Chow, 46, mendakwa, kenderaannya bertembung dengan kereta Honda Jazz sewaktu mengundur dari parkir di Bandar Puteri, Puchong pada 7 April lalu.

“Pemandu Jazz ajak saya ‘selesaikan’ kes di tempat kejadian. Bila saya beritahu mahu buat laporan polis, dia halang kerana mendakwa saya akan disaman sebanyak RM300,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah Chow, selepas beberapa kali rundingan dilakukan, dia akhirnya membayar wang sebanyak RM150 sebagai pampasan kepada pemandu Jazz tersebut.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Chong, 47, berkata, kenderaannya dilanggar sebuah Honda HR-V ketika membelok ke kanan di satu simpang pada 20 Mei lalu.

“Saya panik kerana ada anak dalam kereta. Pemandu HR-V keluar dan pukul kereta saya dengan menggunakan payung dari restoran berdekatan.

“Pada awalnya suspek menuntut wang RM2,000 sebelum dikurangkan kepada RM500 selepas rundingan selama hampir 20 minit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima lebih 12 aduan daripada mangsa, namun 10 daripada mereka membuat laporan polis.

Setakat ini kerugian yang direkodkan dianggarkan berjumlah RM10,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI