fbpx

Situasi Covid-19 di Selangor terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Situasi jangkitan Covid-19 di Selangor masih terkawal biarpun beberapa negara jiran sedang berdepan lonjakan semula kes wabak itu.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, laporan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merekodkan sebanyak 3,807 kes sehingga minggu Epidemiologi ke-19 tahun ini.

Menurutnya, jumlah itu bagaimanapun dilaporkan jauh lebih rendah berbanding 14,542 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Selain itu, trend mingguan menunjukkan penurunan berterusan sejak minggu Epidemiologi ke-12 hingga 19 dengan kes mingguan kekal di bawah 100. Ini membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri dan JKNS selain kerjasama rakyat dalam mematuhi langkah pencegahan masih berkesan,” katanya hari ini.

Jamaliah menasihatkan orang ramai terus berwaspada terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu berpenyakit kronik selain mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala.

“Teruskan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta menjaga kebersihan diri. Kerajaan negeri akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem kesihatan awam kekal bersiap siaga,” ujarnya.

Gelombang baharu Covid-19 kini melanda beberapa bahagian di Asia Timur dan Asia Tenggara termasuk Hong Kong, Singapura, China, Filipina dan Thailand dengan peningkatan mendadak kes yang dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI