PETALING JAYA – Kejadian misteri membabitkan sebuah motosikal tanpa penunggang, dipercayai milik pekerja kurier penghantaran, mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna Facebook, motosikal berkenaan dilihat bergerak sendiri sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah lori yang sedang bergerak perlahan.
Rakaman berdurasi kurang seminit itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai apabila tiada sesiapa kelihatan menunggang motosikal tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan terhibur, malah ada yang menyamakan insiden itu dengan adegan dalam filem fiksyen.
“Pakai ‘control’ (kawalan jauh) ke?,” komen seorang pengguna.
“Ghost rider… Momok rider,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE