fbpx
Keadaan kren yang tergelincir sebelum terbalik dan melintangi jalan berhampiran Kampung Seronok, Bayan Lepas, pagi tadi.

Pemandu cemas kren tergelincir dari tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pemandu sebuah kren pembinaan berdepan detik cemas apabila jentera terbabit tergelincir sebelum terbalik dan melintangi jalan berhampiran Kampung Seronok, Bayan Lepas pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 9.10 pagi.

“Insiden dipercayai berlaku apabila jentera kren tergelincir dari tapak pembinaan berdekatan dan terbalik sehingga melintangi jalan. Kejadian turut menyebabkan aliran trafik terjejas.

“Pemandu kren terlebih dahulu dibawa oleh ambulans APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja mengalihkan kren yang terbalik dilakukan dengan bantuan dua buah kren milik swasta, sebelum anggota bomba melakukan pembersihan sisa minyak yang tertumpah di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI