fbpx

Pelajar RSJB salur sumbangan RM1,140.65 ke dalam tabung NANAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR RSJB menyerahkan mock cek sumbangan dana terkumpul kepada wakil NANAS, Betty (kanan) di R.E.A.L School, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Pelajar sekolah swasta antarabangsa, R.E.A.L Schools Johor Bahru (RSJB) berjaya mengumpul dana RM1,140.65
bagi disalurkan ke dalam tabung sebuah pusat perlindungan haiwan, Noah’s Ark Natural Animal Shelter (NANAS).

Menurut Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat RSJB, Helmi Abu Bakar berkata, dana yang terkumpul itu adalah sebagai sokongan dan komitmen RSJB dalam monyokong usaha NANAS melindungi haiwan terbiar.

Jelasnya, sumbangan itu bagi meringankan beban yang ditanggung NANAS yang menempatkan lebih 700 anjing dan 300 kucing.

“NANAS adalah sebuah pertubuhan perlindungan haiwan yang bergantung kepada sumbangan awam untuk menampung kos makanan, rawatan perubatan, dan program kembiri.

“Selepas pandemik Covid-19, tabung kewangan NANAS semakin meruncing dan menuntut sokongan komuniti secara tuntas.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu haiwan yang memerlukan, tetapi juga mendidik pelajar tentang tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan,”katanya.

Helmi berkata, selain kutipan dana, pelajar turut mengikuti sesi pendedahan mengenai kebajikan haiwan dan kepentingan kembiri untuk mengawal populasi haiwan terbiar.

Jelasnya, usaha ini selari dengan misi NANAS, yang ditubuhkan pada 1995, dalam mempromosikan program neuter dan spay.

Dalam pada itu, sokongan komuniti turut diperluas melalui kempen “LA-Noah’s Ark Snip 2 Save PAW-sitive Campaign” oleh Akademi Bahasa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Siri yang terdekat akan berlangsung pada 25 Mei ini.

Kempen ini menekankan pendidikan terhadap kebajikan haiwan terutatamanya dalam kalangan kanan-kanak dan remaja di samping melancarkan program kembiri secara besar-besaran. Inisiatif “Home is Where The Cats Are” pula akan mempromosikan kucing-kucing yang telah dikembiri melalui projek komuniti ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Puan Betty Vong Jansen dari NANAS (+6598287844) atau Encik Lokman Hafiz Asary dari Akademi Bahasa, UTM (01111269441) untuk maklumat lanjut tentang sumbangan, sukarelawan, atau pengambilan haiwan peliharaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI