fbpx

United belanja BBQ menang Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED tidak bercadang meraikan secara besar-besaran jika menjuarai Liga Europa musim ini. - AFP

MANCHESTER – Tiada perarakan besar-besaran akan dibuat sekiranya Manchester United berjaya memenangi saingan Liga Europa menjelang perlawanan akhir di Stadium San Mames, Bilbao, Sepanyol pada 22 Mei ini.

Sebaliknya, pihak pengurusan The Red Devils hanya merancang untuk mengadakan barbeku (BBQ) bagi meraikan kemenangan itu kerana mereka kesuntukan masa sebelum berlepas ke Asia untuk menghadapi jelajah pramusim menentang ASEAN All Stars dan Hong Kong.

Perkembangan itu pastinya sedikit mengecewakan peminat-peminat United yang sudah lama menantikan saat untuk meraikan kejuaraan tersebut bersama barisan pemain kesayangan mereka.

Bagaimanapun, ia bukan perkara mengejutkan memandangkan kali terakhir United melakukan perarakan ketika mereka memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada musim 2012/13.

Ia jelas berbeza dengan lawan mereka di final, Tottenham Hotspur yang sedia mengadakan perarakan trofi sekiranya menjadi juara memandangkan itu adalah piala pertama mereka dalam tempoh 17 tahun.

Sementara itu, sebagai langkah penjimatan yang diperkenalkan oleh pemilik, Sir Jim Ratcliffe, pemain-pemain United hanya akan menerima dua tiket perlawanan akhir setiap seorang dan perlu membeli sendiri jika mereka mahukan tiket ekstra.

Difahamkan, United juga tidak memberikan sebarang tiket percuma kepada staf pasukan untuk ke perlawanan akhir, berbanding staf Spurs yang menerima satu tiket setiap seorang.

Bagaimanapun, pengurus United, Ruben Amorim layak diberikan pujian kerana dikatakan telah mengeluarkan duit sendiri membelanjakan tiket final Liga Europa kepada 30 staf kejurulatihan dan ahli keluarga mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI