fbpx

Mati diserang, ditikam lepas tiga hari bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis memberkas lima individu berhubung kematian seorang warga emas berusia 63 tahun yang dibunuh di Cherok Tokun, di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pergaduhan berdekatan sebuah pondok di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.22 petang.

“Ketika kejadian mangsa bersama lima rakan termasuk suspek berusia 70 tahun sedang bersembang di pondok tersebut.

“Secara tiba-tiba suspek yang datang dari belakang memukul mangsa dengan sebatang kayu menyebabkan warga emas itu rebah ke lantai.

“Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berlarutan sejak tiga hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI