fbpx

Sohaimi kekal Presiden DPIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sohaimi.

PETALING JAYA – Datuk Sohaimi Shahadan kekal menerajui Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (DPIA) apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Perwakilan (AGM) yang diadakan hari ini.

Turut diumumkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood dipilih sebagai Timbalan Presiden 1, manakala Pengerusi Kumpulan D’Tandoor, Datuk Seri Abdul Malik Abdullah dilantik Timbalan Presiden 2 menggantikan penyandang terdahulu.

Dalam ucapan selepas kemenangan itu, Sohaimi melahirkan penghargaan atas sokongan diterima selain menegaskan komitmennya untuk terus memperkasa DPIA dalam memacu kerjasama perdagangan dan industri di rantau ASEAN.

“Mandat ini adalah satu amanah besar. Kami akan terus memperkukuhkan jaringan ekonomi serantau serta memastikan DPIA menjadi platform strategik untuk ahli-ahli kami berkembang di peringkat global.

“DPIA juga akan memberi tumpuan meneroka pasaran ASEAN sempena kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2024,” katanya hari ini.

Mesyuarat agung berkenaan turut menyaksikan beberapa pembaharuan dalam barisan kepimpinan DPIA bagi memperkukuh organisasi seiring dengan perkembangan ekonomi dan perdagangan serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI