fbpx

Pemuda maut motosikal terbabas jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemberian-Manjor dekat Laloh, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas dan merempuh konkrit simen sebelum terjatuh ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemberian-Manjor dekat Laloh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y12ZR dari arah Kampung Pemberian menghala ke Kampung Laloh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh konkrit sebelum terjatuh ke dalam longkang.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI