PETALING JAYA – Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkuatkuasa hari ini.
Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, Rohani akan menjawat jawatan itu selama dua tahun sehingga 17 April 2027.
“KPWKM mengucapkan tahniah dan semoga dengan pelantikan semula ini Dato Sri Rohani dapat meneruskan kecemerlangan kepimpinannya.
“Ia bagi menerajui dan memperkukuhkan lagi operasi dan perkhidmatan LPPKN sebagai Peneraju Kesejahteraan Keluarga Negara,”kata kenyataan itu.
Menurut KPWKM, Rohani telah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi LPPKN selama dua tahun bermula 25 Mei 2023.
“Sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi LPPKN, beliau telah menerajui LPPKN mencapai kejayaan besar di peringkat nasional mahupun antarabangsa,”kata KPWKM.-KOSMO! ONLINE