Bagi pemancing, terutamanya kaki mengilat, pasti kenal akan Tasik Raban yang terletak di Lenggong, Perak. Tasik bersebelahan aliran Sungai Perak ini terkenal dengan pelbagai ikan terutamanya spesies pemangsa seperti toman, sebarau dan peacock bass (PB). Di tasik inilah saya mula terjebak dengan aktiviti mengilat.
Setiap kali turun ke Tasik Raban, saya akan menyewa bot di Top Adventure Camp (TAC) kerana ia terletak berhampiran tasik dan mempunyai ruang parkir yang luas. Selain itu, berhampirannya terdapat banyak kedai makan.
Waktu paling sesuai untuk turun di sini adalah sekitar pukul 7 hingga 8 pagi. Ini kerana, kebanyakan spesies ikan pemangsa di sini akan keluar mencari makan sekitar waktu tersebut dan mula menjadi kurang aktif apabila matahari naik tinggi.
Penggunaan joran berkekuatan ringan (light) sesuai untuk mengilat ikan peacock bass (PB) dan sebarau.
Manakala joran kelas sederhana atau sederhana berat (medium/medium heavy) sesuai untuk ikan toman kerana kawasan tasik ini mempunyai banyak samai serta pohon mengkuang.
Anda perlukan sedikit kekuatan untuk menghela keluar ikan toman dari struktur
Gewang yang gemar saya gunakan di sini ialah popper, pencil dan minnow tasik ini mempunyai banyak samai dan pohon mengkuang. Anda perlukan sedikit kekuatan untuk
Anda perlukan sedikit kekuatan untuk menghela keluar ikan toman dari struktur tersebut.
Gewang yang gemar saya gunakan di sini adalah popper, pencil dan minnow kerana ia mimik anak-anak ikan yang sedang kesakitan.
Kaedah
Sekiranya ingin memancing di sekitar Tasik Raban tanpa masuk ke tasik-tasik lain sekitarnya seperti Tasik Cherakoh, Kampung Beng dan sebagainya, anda boleh menggunakan kaedah disarankan ini.
Cari suak-suak yang mempunyai banyak pokok mengkuang kerana ikan seperti sebarau dan PB gemar bersembunyi di bawahnya.

Mulakan dengan menggunakan gewang yang mempunyai bunyi atau percikan air kuat apabila dimainkan.
Ini untuk memujuk ikan pemangsa keluar dari kubu persembunyian apabila ia terdengar bunyi yang kuat di permukaan air, seolah-olah ada ikan sakit berhampiran.
Anda juga boleh mencuba mengilat berhampiran pulau-pulau kecil yang terdapat di tasik ini kerana kebiasaannya apabila air naik tinggi, ikan-ikan pemangsa gemar menunggu di kawasan ini kerana banyak anak-anak ikan berkumpul di sekitarnya.
Berkayak
Anda juga boleh membawa kayak sendiri, namun pastikan anda memaklumkan kepada pengurusan TAC sekiranya ingin menggunakan jeti mereka.
Lebih baik anda tidak turun sendirian jika ingin berkayak ke lokasi yang lebih jauh seperti melepasi Jambatan Raja Muda Nazrin kerana takut terlajak sehingga masuk ke Sungai Perak.
Pernah juga saya turun berkayak bersendirian, hasilnya saya dapat seekor mama toman bersaiz kasar di lokasi tidak jauh dari jeti TAC.
Mungkin kerana kayak bergerak secara senyap dan membuatkan ikan tidak boleh culas.
Lontaran gewang Rapala Skitter Pop saya terus dibaham mama tersebut dan henjutannya cukup kuat.

Mujur saya menggunakan joran kegemaran saya iaitu Evergreen Temujin The Rebellion yang cukup ampuh untuk menaikkan ikan kuat membenam.
Ikan-ikan pemangsa di sini sememangnya mempunyai tenaga juang dan pecutan yang kuat mungkin kerana berhampiran Sungai Perak berarus.
Sewa bot
Bagi yang ingin menyewa bot, anda boleh membuat tempahan awal bagi mengelak kecewa apabila bot tiada.
Selain itu, sekiranya baru-baru belajar membawa bot, anda disarankan supaya sentiasa memerhati laluan terutamanya semasa musim kering bagi mengelakkan terlanggar tunggul.














