KAJANG – Sebuah bank yang terletak di Jalan Kijang 1, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn di sini terbakar sehingga memusnahkan hampir separuh ruang premis itu pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Mohamad Amirul Che Mohd. Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.54 pagi tadi.
Seramai lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 7 kilometer (km) dari balai bomba.
“Insiden kebakaran ini melibatkan 50 meter ruang bank dan menyebabkan bahagian dalam terbakar 45 peratus. Kejadian itu turut melibatkan mesin mengira wang jenis Printer Lexmark di kaunter.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO ONLINE