PERANTI permainan video (gaming) kini telah mengorak langkah dengan integrasi kecerdasan buatan (AI) bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih dipertingkat.
Kehadiran AI dalam peranti gaming memberikan visual dan operasi permainan yang lebih lancar serta membantu menaikkan prestasi pemain dalam permainan.
Acer Malaysia telah mengembangkan barisan peranti gaming yang dikuasakan oleh AI dengan memperkenalkan empat paparan gaming AOPEN iaitu paparan gaming melengkung AOPEN 32HC5QU S3 dan 27HC5R Z1 di samping AOPEN 27KG3U M3 serta AOPEN 25MV1Q Z1.
Barisan paparan gaming AOPEN terkini menyediakan pengalaman permainan yang mengasyikkan, visual yang lancar, warna yang cerah dan teknologi perlindungan mata pada harga yang berpatutan.
Menurut Acer, semua model dilengkapi dengan AMD FreeSync untuk permainan yang bebas dari koyakan skrin dan kontras lebih dengan sokongan untuk HDR10 bagi kontras yang lebih baik.
“Paparan-paparan ini juga datang dengan pengurangan cahaya biru demi mengurangkan tekanan terhadap mata.
“Dengan sudut pandangan lebar 178 darjah, sokongan untuk 16.7 juta warna dan kesesuaian pemasangan dinding VESA, paparan-paparan ini menawarkan prestasi dan kemudahan yang tinggi untuk para gamer,” kata Acer dalam satu kenyataan.
AOPEN 32HC5QU S3 dilengkapkan panel VA 31.5 inci dengan resolusi WQHD yang menyediakan visual lebih jelas dengan kontras yang dipertingkatkan untuk warna lagi cerah.
Paparannya yang berlengkung 1500R menyediakan pengalaman permainan yang tersendiri, manakala kadar segar semula 180Hz dan kadar tindak balas Turbo Visual Response (TVR) 1ms membolehkan permainan yang amat lancar.
Dudukan boleh laras sudut senget, tinggi dan putar membolehkan para pengguna mendapat sudut pandangan yang sempurna, manakala dua pembesar suara 2W terbina dalam melengkapkan persediaan dalam permainan video.
AOPEN 27HC5R Z1 pula datang dengan panel VA 27 inci dengan resolusi FHD untuk menyediakan visual yang tajam dan cerah dengan ketepatan warna sRGB 99 peratus dan nisbah kontras yang tinggi.
Dengan kadar segar semula sehingga 280Hz dan kadar tindak balas TVR 1ms, aksi yang sengit kekal jelas.
Paparannya yang berlengkung 1500R meningkatkan fokus, menyelubungi seluruh pandangan untuk pengalaman gaming yang lebih seronok.
Dudukan boleh larasnya membolehkan penetapan yang selesa, manakala dua pembesar suara 2W terbina dalam menyediakan sokongan audio yang mudah.
Seterusnya, AOPEN 27KG3U M3 dibina untuk para gamer yang menginginkan paparan lebih jelas dan tepat, dilengkapkan dengan panel IPS 27-inci dengan resolusi WQHD untuk butiran yang jelas dan warna yang tepat di pelbagai sudut pandangan.
Kadar tindak balas GTG 0.5ms yang tangkas dan kadar segar semula 180Hz memastikan permainan yang lancar dan responsif, manakala sokongan HDR10 meningkatkan butiran visual, menyediakan kontras yang lebih baik dan visual yang seakan hidup.
Dudukannya yang boleh dilaraskan memberikan keselesaan tersendiri, membolehkan sesi permainan jangka panjang yang lebih selesa dan seronok.
Direka untuk golongan gamer yang kompetitif, AOPEN 25MV1Q Z1 menyediakan pergerakan yang lancar dengan kadar segar semula setangkas 180Hz dan kadar tindak balas TVR 1ms.
Resolusi FHD dan ketepatan warna sRGB 99 peratus menyediakan gambaran yang tajam, manakala panel VA meningkatkan kontras untuk hitam yang lebih mendalam.
Penyesuaian untuk paparan ini dimudahkan dengan AOPEN Display Widget dan dua pembesar suara 2W terbina dalam menambah audio yang mengasyikkan kepada pengalaman permainan.
Paparan-paparan gaming AOPEN sekarang tersedia melalui eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada pada harga bermula RM569 hingga RM899.














