fbpx
Gambar hiasan.

Beri perhatian aspek mental pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKERJA untuk hidup dan hidup bukan hanya untuk be­kerja merupakan ayat yang ke­rap digunakan sebagai motivasi untuk menggambarkan keper­luan kepada keseimbangan kerja serta kehidupan.

Namun begitu, adakah ayat ini betul-betul difahami pekerja dan majikan? Pemahaman keseimbangan kerja-kehidupan boleh menjadi objektif atau subjektif bergantung kepada sasaran hidup seseorang.

Sama ada mahu berjaya, jadi kaya raya atau hidup secara sederhana. Dalam era ini, konsep keseimbangan kerja-kehidupan dilihat makin terhakis terutama senario dunia pekerjaan di Malaysia.

Berdasarkan kajian terkini syarikat sumber manusia Remote, Malaysia disenaraikan negara kedua terburuk untuk keseimbangan kerja-kehidupan daripada 60 negara dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tertinggi di dunia.

Malah, Laporan Kesejahteraan di Tempat Kerja 2024 oleh Employment Hero mendedahkan peningkatan ketara dalam tahap keletihan melampau di Malaysia iaitu dua pertiga pekerja mengalami burnout, meningkat daripada 58 peratus pada 2022 kepada 67 peratus tahun lepas.

Peningkatan ini amat membimbangkan dan pada masa sama boleh memberi implikasi yang besar terhadap isu kesihatan mental.

Banyak faktor yang menyumbang termasuk waktu kerja berpanjangan, permintaan pekerjaan yang tinggi dan kurang sokongan moral. Dalam satu artikel yang ditulis Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Siswazah, Universiti Tenaga Nasional, Dr. Juraifa Jais, ketidakseimbangan ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan individu, tetapi juga prestasi organisasi.

Organisasi seharusnya sedar ada keputusan mereka itu membebankan pekerja, oleh itu situasi ini perlu ditangani supaya tidak menjadi barah.

Katanya, kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) berpotensi menjadi solusi strategik bagi organisasi untuk meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan dan kepuasan kerja.

Kecerdasan emosi meliputi kesedaran diri, pengawalan diri, motivasi, empati, dan kemahiran sosial. Dalam konteks Malaysia, keseimbangan kerja-kehidupan merupakan isu kritikal, kepimpinan dengan EI berpotensi membawa perubahan besar.

Dengan mengutamakan kesejahteraan pekerja dan memupuk budaya kerja-kehidupan seimbang, syarikat seperti Google, Microsoft, dan Cisco Systems yang dipimpin oleh pemimpin dengan kecerdasan emosi tinggi, melaporkan tahap kepuasan kerja lebih tinggi dan kadar berhenti kerja lebih rendah.

Kepimpinan pintar emosi bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, tetapi kesihatan keseluruhan dan kemampanan organisasi.

Untuk mengatasi krisis keseimbangan kerja-kehidupan, organisasi perlu melabur dalam latihan kepimpinan kecerdasan emosi. Ini termasuk menyepadukan latihan EIdalam program pembangunan kepimpinan, memupuk budaya empati dan sokongan serta melaksanakan dasar yang menyokong keseimbangan kerja-kehidupan.

Contoh inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah waktu kerja fleksibel dan perkhidmatan sokongan kesihatan mental.

Walaupun sesetengah organisasi mungkin bimbang akan kos melaksanakan program, yang lebih kritikal adalah kos akibat tidak melaksanakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN