fbpx
Johari (tujuh kiri) pada Majlis Pelancaran Eksport Pertama Getah Malaysia Mematuhi MSNR ke Kesatuan Eropah di Wesports Malaysia Sdn. Bhd, Pelabuhan Klang. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Sasar import getah turun RM3 bilion dalam tempoh lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Malaysia menyasarkan penurunan pengimportan getah kepada RM3 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM6 bilion ketika ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, industri getah negara kini mampu mengeluarkan kira-kira 350,000 metrik tan bahan asli itu setahun.

Menurutnya, sebanyak 420,000 hektar ladang getah tempatan didapati dalam keadaan terbiar dan pengeksportan melebihi satu juta metrik tan sebelum ini.

“Justeru itu, kita masih terpaksa mengimport getah terutama bagi industri pakaian sehingga mencecah RM6 bilion setahun.

“Jika dapat mengekalkan produk-produk getah dengan mendominasi pasaran antarabangsa, kita sasar menurunkan pengimportan kepada RM5 bilion dan mungkin hanya setengah iaitu RM3 bilion,” katanya selepas melancarkan Eksport Pertama Getah negara Mematuhi Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) ke Kesatuan Eropah di Pelabuhan Barat di sini, hari ini.

Pengeksportan bahan mentah yang diperoleh daripada pekebun kecil tempatan itu melibatkan syarikat Lee Rubber Group Sdn. Bhd dan Seng Hin Rubber (M) Sdn. Bhd. masing 100 metrik tan ke Slovakia dan Belanda.

Dalam pada itu, kata Johari, industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan MSNR bagi memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN