fbpx
Pesawat F/A-18 Hornet Kuwait mempunyai keupayaan khidmat pada tahap 90 peratus dan boleh digunakan sehingga 2038.

EKSKLUSIF: Hornet Kuwait penuhi aspek TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Proses perolehan pesawat tempur jenis F/A-18 Hornet milik Kuwait disifatkan sebagai satu gap filler dan selari dengan langkah pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembelian Hornet dapat mengisi kekosongan pesawat sedia ada yang akan ditamatkan perkhidmatannnya apabila tiba tempohnya.

Katanya, pesawat Kuwait itu akan dapat bertahan sehingga 2038 sebelum jet tempur baharu tiba pada 2040.

“Jadi, kita hanya perlu me­nunggu beberapa tahun sahaja sebelum pesawat baharu tiba dan ia selari dengan Rancangan Pemodenan TUDM.

“Sebab itu pembelian F/A-18 Hornet Kuwait adalah se­bagai gap filler. Perolehan itu juga tepat susulan memenuhi aspek pemodenan TUDM mengikut Kertas Putih Pertahanan,” kata­nya kepada Kosmo!.

Mohamed khaled (kanan) mendengar taklimat mengenai pesawat tempur F/A-18 Hornet Kuwait ketika lawatan ke negara itu baru-baru ini.

Menurut Mohamed Khaled, pemerhatian mendapati Hornet Kuwait itu berada dalam keadaan baik dengan 90 peratus tahap kebolehkhidmatan selepas diteliti daripada segi kos dan penilaian.

Tambahnya, jumlah penerba­ngannya juga rendah berban­ding Hornet TUDM. Setakat ini, tentera mempunyai lapan buat F/A-18 Hornet dan bakal ditambah dengan aset dari Kuwait itu.

“Tentera Udara Kuwait juga mempunyai simpanan sehingga 10,000 alat ganti pesawat itu sekiranya Malaysia bersetuju dengan perolehan berkenaan,” katanya.

Ujar Mohamed Khaled, tambahan pula kelengkapan soko­ngan darat pesawat Hornet Kuwait juga menyamai dengan TUDM dan ia dilihat selari dengan semua perancangan dibuat.

“Sebab itu kita beli F/A-18 Le­gacy Hornet meskipun ada orang sebut ia sebagai second hand, namun daripada segi teknikal dan perancangan, perolehan itu menepati,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled menjelaskan, hasrat memperoleh pesawat daripada Tentera Udara Kuwait dibuat berikutan pembelian kapal terbang baharu memerlukan penelitian terhadap aspek lain seperti latihan, serta kebolehsamaan je­nis pesawat.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keupayaan pesawat Kuwait itu, Mohamed Khaled berkata, badan sesebuah pesa­wat boleh bertahan sehingga 40 tahun.

“Kapal terbang ada bahagian yang boleh ‘upgrade’ seperti sistem senjata, badan juga boleh bertahan sehingga 40 tahun, ma­ka tiada masalah,” katanya.

Sebelum ini, menerusi lawatan rasmi Mohamed Khaled ke Kuwait, negara itu telah memberikan reaksi positif terhadap hasrat Malaysia memiliki F/A-18 Legacy Hornet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN