fbpx
Razali (kanan) mengasingkan buah duku mengikut gred ketika ditemui di Kampung Kemat, Hulu Terengganu semalam.

Dapat ratusan ribu jual buah duku orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang peraih buah duku mampu me­raih pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit setiap kali musim buah tersebut.

Razali Mat Shah, 63, berkata, dia menawarkan pusat pengumpulan buah duku kepada pekebun sekitar daerah ini sejak 30 tahun lalu.

Datuk kepada 11 cucu tersebut berkata, dia mampu mengumpul purata 100 tan buah duku setiap musim.

“Setiap kali musim buah duku bermula bulan Ogos saban tahun, halaman rumah saya bagaikan pesta dikerumuni ramai pekebun.

“Macam-macam ragam dapat dilihat, sebahagian datang de­ngan kenderaan pacuan empat roda, kereta, motosikal mahupun cuma berjalan kali memikul guni berisi buah duku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemat di sini semalam.

Razali berkata, dia menerima buah duku dibawa tanpa mengira kuantitinya pada waktu petang selepas dipetik sebelah pagi.

“Bagi musim kali ini, harga buah duku ditetapkan pada kadar antara RM1.60 hingga RM2 sekilogram mengikut gred. Dahulu harga pernah menjunam ke 50 sen ekoran berlaku lambakan,” katanya.

Razali berkata, dia akan me­ngasingkan buah mengikut gred dan kualiti sebelum menjualnya kepada pemborong sebelum dibawa ke Lembah Klang dan Perak.

“Kutipan hasil buah duku sedang rancak dan dijangka boleh berlarutan sehingga bulan depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN