fbpx
Kanak-kanak hidup lebih selesa dan selamat selepas dihantar ke rumah kebajikan. - GAMBAR HIASAN

Penagih, ibu tunggal paling ramai tinggal anak di rumah amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Ibu bapa tunggal dan mereka yang ketagihan dadah antara golongan paling ramai menghantar anak-anak ke rumah kebajikan.

Rata-rata kelompok itu juga terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu membesarkan anak-anak di rumah masing-masing.

Alasan sering diberikan mereka ketika memohon pe­nempatan anak-anak di rumah-rumah kebajikan adalah tidak mampu menguruskan persekolahan anak serta makan minum.

Seorang pengendali rumah kebajikan yang enggan dikenali memberitahu, meskipun premisnya terbuka untuk menerima kemasukan penghuni, namun tapisan tetap dibuat bagi memastikan anak yang dibawa masuk itu mematuhi undang-undang.

“Setiap anak-anak yang nak masuk ditapis terlebih dahulu. Kebanyakan permohonan dibuat atas dasar kemiskinan hidup dan anak-anak itu terbiar jika terus tinggal bersama penjaga.

“Jika ibu atau bapa menerima pencen atau ada pendapatan tetap, kami tak akan ambil. Maksud hanya yang yatim dan asnaf yang dipilih masuk,” katanya.

Mengenai proses kemasukan, jelasnya, ibu bapa atau penjaga boleh terus hadir ke rumah kebajikan tanpa perlu mendapatkan persetujuan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, katanya, pihak pentadbir rumah kebaji­kan yang akan menentukan kelayakan seseorang anak itu supaya tidak disalahgunakan oleh mana-mana penjaga untuk melepaskan tanggungjawab masing-masing.

Seorang lagi pentadbir rumah kebajikan yang dikenali Ila berkata, pelbagai alasan turut diberikan oleh penjaga untuk menempatkan anak mereka di rumah kebajikan termasuk memberi alasan mahu mendisiplinkan.

Ujarnya, rumah kebajikannya juga sering dikunjungi ibu atau bapa saudara yang tidak lagi sanggup menjaga anak saudara mereka yang kehilangan ibu bapa.

Ditanya mengenai kekerapan penjaga datang untuk menjenguk anak-anak mereka di rumah kebajikan, dia berkata, ada kes penjaga atau waris seolah-olah tidak mempedulikan anak-anak tersebut dan hanya datang mengambil anak apabila tiba musim pe­rayaan.

“Begitu pun tahap pendidikan anak-anak di rumah kebajikan akan sentiasa dijaga baik dari segi pendidikan agama atau persekolahan biasa,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, sebahagian ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak ke rumah kebajikan sebagai talian hayat kepada anak-anak mereka supaya dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan lebih selesa.

Mereka tidak lagi sanggup melihat anak-anak kelaparan dan tidak dapat bersekolah ekoran desakan hidup.

Berita berkaitan: Anak lapar kena ‘pos’ ke rumah amal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN