fbpx
Ina bakal berkahwin dengan seorang lelaki bernama Mohd. K tidak lama lagi.

Semoga berbahagia Ina Naim, Mohd. K

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK beberapa minggu lalu heboh tentang khabar pernikahan balu kepada penyanyi dan komposer Suhaimi Saad iaitu Ina Naim.

Ketika spekulasi ligat bertebaran, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 40, menafikan perkara yang disifatkan sebagai desas-desus sahaja.

Nafi bakal nikah

Difahamkan, waktu itu individu yang disebut-sebut telah melamarnya untuk dijadikan suri adalah seorang penggiat industri hiburan.

“Artis mana pula nak dengan Ina ini? Dah la anak ramai,” tulisnya membalas mesej WhatsApp daripada media sambil disertakan emoji ketawa.

Menurut ibu tunggal empat anak itu lagi, dia sedang sibuk menguruskan sesuatu seterusnya meminta diri menamatkan perbualan.

“Sekarang ini saya ada urusan di bandar, jadi saya minta diri sekejap. Nanti kita sambung lagi,” jelasnya. 

Sejak pemergian suaminya, Ina yang pernah berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007 kerap mengundang perhatian ramai.

Antara yang sering menjadi cakap-cakap ramai adalah gaya hidupnya dengan suami yang disifatkan sebilangan peminat terlalu ‘zuhud’.

Isman ditebak calon suami 

Allahyarham Suhaimi yang pernah menjadi anggota kumpulan nasyid In-Team meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sementara itu, tiada angin tidak ribut, anggota kumpulan nasyid Hijjaz, Isman Nadim Isam yang  didakwa netizen sebagai calon suaminya mula bersuara.

Barangkali spekulasi tersebar kerana empunya diri terus mengunci mulut sedangkan kad undangan perkahwinan sudah diedarkan kepada tetamu.

Enggan mencetuskan salah faham, Isman terpaksa buka mulut bukan dia individu dimaksudkan, sebaliknya katanya nama yang tertera pada kad tersebut adalah Mohd K.

“Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd. K, bukan Isman.

“Sebenarnya, apabila nama saya disebut-sebut, saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya.

“Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

“Ina juga beritahu saya, calon suaminya dalam kalangan orang biasa sahaja, bukan artis. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya,” katanya.

Doakan Ina bahagia

Kata Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak arwah sahabatnya menjalani kehidupan gembira dan bahagia di dunia hingga akhirat.

Terdahulu, tersebar kad jemputan perkahwinan Ina yang tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan, Mohd. Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

Turut dipaparkan majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung Ina dan keluarga.

Bagaimanapun, nama penuh pengantin lelaki telah ditutup dengan hanya tertulis Mohd. K.

Barangkali balu Allahyarham Suhaimi mempunyai sebab tersendiri enggan mengakui bakal naik pelamin semula.

Kad sudah diedar dan harapan ramai peminat hakikatnya terus mengiringi perjalanan kehidupan baharu buatnya bersama pilihan hati. 

Semoga Ina terus berbahagia bersama orang-orang tersayang.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN