fbpx
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia bersama beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang memenangi gangsa pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024. – FARIZ RUSADIO

Kemarau emas Olimpik, di mana silapnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir. Negara jiran iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand sudah menggapai emas, malah Saint Lucia yang menghantar tiga atlet berjaya memperoleh emas. Di mana silapnya sehingga kita sukar menyambar emas?

Saya ingin menyentuh beberapa perkara penting tentang polisi dan undang-undang sukan. Saya tertarik melihat China menjadi kuasa besar sukan dunia. China merupakan negara contoh mempunyai polisi sukan negara yang baik dan sistem terancang dengan mewujudkan universiti sukan bagi melahirkan atlet di peringkat akar umbi.

Malah, kebanyakan delegasi China adalah produk universiti itu. Atlet mereka mengaplikasikan sains dalam kaedah latihan misalnya perenang Wang Shun yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Ningbo. Pan Zhanle yang memecahkan rekod dunia renang bebas acara 100m juga hasil produk universiti tersebut.

Begitupun, di Malaysia, kita tidak mempunyai sistem sukan seperti itu walaupun kita mempunyai sekolah sukan, namun tidak berjaya kerana persatuan sukan yang terlampau bergantung harap kepada peruntukan kerajaan, namun mereka sering kali gagal melahirkan atlet pelapis.

Jika di China atau Jepun, tugas persatuan sukan untuk mencari dan mengasah bakat hingga ke peringkat dunia. Jika tidak melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan peruntukan akan dipotong

Oleh itu persatuan sukan mereka berebut melahirkan atlet pelapis. Berbeza di Malaysia, kementerian memberi peruntukan kepada persatuan tanpa melihat sudut KPI.

Sudah tiba masanya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminda Seksyen 26 Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana setiap pengurusan tertinggi persatuan sukan perlu ditukar lima tahun sekali untuk mengelakkan conflict of interest sehingga memegang jawatan lebih 20 tahun dalam persatuan sukan.

Oleh yang demikian, persatuan sukan akan sentiasa ditadbir oleh muka baharu dan kita akan dapat melihat hasil kerja presiden setiap lima tahun.

Jika ahli politik mempunyai limitasi penggal, mengapa tidak pengurusan tertinggi persatuan sukan?

Saya menyeru supaya menteri terlibat segera melakukan rombakan akta sukan tertentu supaya sukan negara dapat diselamatkan oleh tangan-tangan hantu yang merosakkan industri sukan negara.

YUSLAINI AZMI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN