SETELAH berjaya dengan produk sebelumnya, Haus Cosmetics (Haus) tampil dengan buah tangan terbaharu dikenali sebagai Mudde baru-baru ini.
Selamat dilancarkan secara gilang-gemilang pada 12 Julai lalu, Mudde menampilkan gabungan unik tiga produk kecantikan utama iaitu NAD+ Booster Serum, NAD+ Sunscreen Stick dan Glo12 Beauty Shot.
Menurut pengasasnya, Norazimah Abd. Jalil, ketiga-tiga produk itu menggunakan teknologi NAD dan MonaJuventa Nu daripada saintis terkenal, Dr. Fred Zulli daripada Mibelle Biochemistry Switzerland.
“Mudde menggabungkan formulasi terbaik menerusi penggunaan bahan-bahan semula jadi yang terkenal dengan manfaat kecantikan mereka.
“Bahan utama dalam produk ini termasuk teknologi NAD dan MonaJuventa Nu. Ia memainkan peranan penting dalam mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit sehingga lapan tahun lebih muda (kajian ke atas teknologi NAD) dan 12 tahun lebih muda (kajian ke atas bahan MonaJuventa),” katanya.
Tambahnya, bahan lain yang diformulasi termasuk DracobelleTM (moldavian dragonhead extract), HithionTM dan ekstrak beri campuran seperti strawberi, blueberi, blackcurrant dan bearberi.
“Selain itu, produk ini juga mengandungi vitamin premix dan mineral premix yang memberikan nutrien penting kepada kulit.
“Ini sekali gus menjadikan Mudde sebagai produk yang holistik untuk penjagaan kulit wajah,” katanya.
Ditanya mengenai tempoh kajian sebelum Mudde dipasarkan, Norazimah memberitahu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan selama kira-kira enam bulan.
“Dalam tempoh ini, pasukan R&D kami menjalankan pelbagai ujian dan kajian untuk memastikan setiap bahan yang digunakan selamat, efektif dan memberikan hasil terbaik.

“Kami juga menjalankan ujian klinikal untuk memastikan produk ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
“Proses ini melibatkan kerjasama dengan pakar dermatologi dan ahli kimia kosmetik untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan memenuhi standard keselamatan antarabangsa,” ujarnya.
Mengulas mengenai kelebihan dan manfaat produk terbaharu itu, Norazimah berkata, Mudde mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya unik berbanding produk pesaing lain di pasaran.
“Pertama, kombinasi tiga produk dalam satu pakej memudahkan pengguna untuk mendapatkan semua manfaat kecantikan dalam satu langkah.
“Kedua, formulasi Mudde menggunakan teknologi NAD dan MonaJuventa Nu yang membantu mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit dan mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit.
“Kelebihan utama Mudde termasuk penghidratan mendalam, pencerahan kulit dan perlindungan anti penuaan.
“Pastinya, produk ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti bahan racun berjadual, sekali gus menjadikannya selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit.
“Dengan penggunaan konsisten, pengguna akan dapat melihat peningkatan ketara dalam kelembutan, kecerahan dan keanjalan kulit mereka seawal 28 hari,” katanya sambil memberitahu Mudde sesuai digunakan wanita dan lelaki berusia 20 hingga 55 tahun.
Jelasnya, Mudde juga direka khusus bagi mereka yang mencari penyelesaian lengkap untuk masalah kulit seperti kekeringan, jerawat, pigmentasi dan tanda-tanda penuaan, selain kulit berminyak.
Orang ramai boleh mendapatkan produk berkenaan daripada pengedar sah atau boleh layari laman web rasmi di www.HAUScosmetics.com.
Selain itu, produk berkenaan boleh didapati di platform e-dagang terkenal seperti TikTok Shop dan tersedia di cawangan Haus yang terletak di pusat beli-belah, MyTown, Kuala Lumpur.
Pembeli Mudde turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000 menerusi peraduan, Scan & Win.














