fbpx
Proton S70 dilengkapi lampu hadapan LED dengan nyalaan siang.

S70 sedan segmen C paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA 28 November tahun lalu, pengeluar kereta nasional, Proton telah melancarkan model sedan terbaharu, S70.

Penulis difahamkan model sedan segmen C itu telah dijual sebanyak 2,314 unit pada Februari. Ini secara tidak langsung menjadikan S70 model paling popular dalam kelasnya.

Model S70 yang dibangunkan bersama jenama Geely ditawarkan dalam empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Pesaing terdekatnya untuk pasaran Malaysia ialah Honda Civic, Toyota Corolla Altis dan Mazda 3, namun harga model ini berada pada paras segmen B seperti Toyota Vios dan Honda City.

Baru-baru ini, penulis telah diberi peluang untuk memandu uji model S70 varian Flagship X selama beberapa hari.

Kereta ini menggunakan enjin 1.5 liter turbo dan transmisi tujuh kelajuan DCT yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS serta tork tertinggi 226Nm.

Ketika sesi pandu uji, satu tangki penuh petrol S70 ini mampu bergerak sekitar 550 kilometer.

Ini merupakan perjalanan purata jalan bandar dan lebuh raya. Sekadar info, tangki kereta ini bersaiz 50 liter.

Pada penulis, enjin model ini memberikan respon yang baik dari segi tindak balas dan prestasi pamanduan keseluruhan.

PROTON S70 memiliki panjang 4,602 mm.

Penggunaan suspensi Macpherson Strut pada bahagian hadapan dan Torsion Beam pada sebelah belakang juga memberikan pemanduan mantap terutamanya ketika jalan berliku.

Bahagian luaran kereta ini hadir dengan lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang, rim aloi bersaiz 17 inci, bumbung suria dan bar lampu belakang.

Lebih menarik, aplikasi PROTON Link membolehkan enjin dihidupkan dari jauh untuk menyejukkan kabin.

Dari segi saiz, panjang S70 adalah 4,602 milimeter (mm), lebar 1,809 mm, tinggi 1,466 mm dan jarak antara roda 2,627 mm, manakala berat untuk varian Flagship X adalah 1,319 kilogram.

Masuk ke ruang kabin, model pandu uji ini hadir dengan unit infotainment bersaiz 12.3 inci dengan dilengkapi perintah suara ‘Hi Proton’.

Model ini juga dilengkapi ciri-ciri seperti navigasi dalam talian, penstriman muzik dan ramalan cuaca.

Model ini juga dilengkapi tempat duduk kulit sintetik dengan kerusi pemandu yang boleh dilaras secara elektrik dan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Cuma penulis agak kurang selesa kerana ada beberapa tetapan perlu dilakukan menggunakan skrin utama tanpa butang fizikal seperti kawalan bumbung suria.

Aspek keselamatan menjadi keutamaan S70. Jadi, tidak mustahil model ini telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP.

Proton S70 mempunyai senarai ciri keselamatan komprehensif termasuk enam beg udara SRS dan rangkaian luas daripada 13 ciri Sistem Bantuan Pemandu Advanced Level 2 (ADAS).

Ini termasuk sistem keselamatan aktif dan kognitif dengan ciri-ciri penting seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Pelayaran Pintar (ICC), Maklumat Papan Tanda (TSI) dan Bantuan Kekal Laluan (LCA).

Proton S70 dilengkapi bar lampu belakang.

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dapat memastikan ketenangan fikiran pemandu dan kamera 360 dengan paparan tiga dimensi (3D) untuk keselesaan semasa parkir.

Penulis difahamkan, pembeli kereta ini akan menerima pakej lengkap untuk pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan.

Pakej standard termasuk jaminan kilometer tanpa had selama lima tahun dan enam kali servis buruh percuma.

Pelanggan yang memilih varian Flagship dan Flagship X juga akan menerima pakej data 1GB/bulan selama lima tahun.

Selain itu, Proton Commerce menawarkan kadar faedah pembiayaan rendah bermula dari 2.34 peratus setahun dan pelanggan akan menerima pelbagai kelebihan jika

Proton S70 mereka menggunakan Program Insurans PROTON.

Kelebihan itu termasuk pelepasan kos penambahbaikan sehingga 10 tahun, perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun dan insurans menyeluruh untuk semua pemandu diluluskan.

Selain itu, pembeli akan mendapat perlindungan kunci kereta sehingga RM1,000, insuran bantuan banjir sehingga RM1,000, perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM15,000 dan bantuan kecemasan tepi jalan serta penundaan.

Semua pembeli juga akan menerima kelebihan daripada tambahan Program Insurans PROTON yang terdiri daripada perlindungan khas terhadap risiko khas pada tahun pertama secara percuma.

Kesimpulannya, berbaloi atau tidak membeli kereta ini? Pada penulis, berbaloi kerana dengan ciri-ciri yang ditawarkan bersama pakej selepas jualan menarik berbanding pesaing kelasnya akan memberi ketenangan fikiran kepada pembeli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN