Saudara Pengarang, Dalam sehari dua lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti kehadiran bulan puasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di negara ini, malahan juga di seluruh dunia bagi menggandakan amalan baik kerana ganjarannya berganda dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Terasa tidak lengkap sekiranya bulan Ramadan tidak diserikan dengan penganjuran bazar Ramadan yang sudah sekian lama dibuka bagi membolehkan umat Islam membuat pilihan juadah yang mereka……