fbpx

Syafiq mungkin terlelap – polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng Hoe (kiri) bertemu Muhammad Syafiq (tengah) di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini. Foto: AMIR IRSYAD OMAR

SEBERANG PERAI – Pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalm kemalangan di kilometer 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi dipercayai terlelap ketika memandu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan pihaknya mendapati kemalangan berpunca kerana pemandu dipercayai tertidur dan hilang kawalan.

“MPV telah melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, tiga terbunuh iaitu bayi Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mentuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq dan anak perempuannya berusia 2 tahun Aaira Nur Saffiyya hanya cedera ringan, manakala isteri yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini.

Menurutnya lagi, Nur Amalina didapati mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang peha kiri.

“Bedah siasat ke atas ketia-tiga mangsa di Hospital Sungai Bakap mendapati punca kematian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan kepala,” katanya.

Beliau berkata, polis turut mengambil sampel darah pemandu bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI