fbpx
Gambar fail 'eklsperimen' yang pernah dilakukan orang ramai bagi mengenal pasti madu tiruan dan asli.

Madu tiruan hangit, dihurung semut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya tak halalkan duit yang saya bayar kepada dia,” kata individu pernah terpedaya membeli madu tiruan daripada penjaja jalanan.

Kerani swasta hanya mahu dikenali sebagai Natasya, 39, berkata, dia pernah terbeli madu tiruan disangka madu asli beberapa tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu diketahui selepas air suam tidak menjadi keruh apabila sesudu madu tersebut dima­sukkan ke dalamnya.

“Saya beli madu itu daripada penjaja jalanan. Dia datang dari meja ke meja bawa botol konon berisi madu asli berharga RM20 sebotol.

“Memang sakit hati apabila kawan yang lebih tahu tentang madu semasa datang rumah buat ‘ekpersimen’ beritahu ia bukan madu asli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu seorang kakitangan syarikat ke­selamatan, Eric Helmie Jalal, 45, berkata, dia yang mengamalkan makan madu juga pernah terbeli madu tiruan.

Ujarnya, ada beberapa cara mudah untuk tahu sama ada madu tiruan atau madu asli seperti madu asli tidak dihurung semut.

“Madu ada banyak jenis antaranya madu tualang dan madu kelulut. Madu tualang warna hitam dan madu kelulut seakan-akan oren. Kebiasaannya orang beli madu kelulut.

“Perbezaan antara madu asli dan yang tidak asli, madu asli tidak akan dihurung oleh semut,” katanya.

Jelasnya, dia dan keluarga­nya mengamalkan makan madu kerana ia baik untuk kesihatan termasuk boleh mencegah batuk dan demam.

Sementara itu, peminat madu, Mohd. Kamarul Latiffy, 45, berkata, antara kaedah untuk mengetahui madu tiruan apabila dibakar menjadi hangit.

Katanya, harga madu asli boleh mencecah RM70 hingga RM80 bagi setengah liter dan sukar diperoleh di pasaran.

“Boleh dapat murah kalau ada ‘contact’ dengan Orang Asli yang mencari madu. Setengah liter boleh dapat dalam RM40.

“Ada madu tiruan ini madu mereka siram air gula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN