fbpx
Seorang pekerja Restoran Binjai sukar membasuh peralatan dapur ekoran gangguan bekalan air luar jangka berlaku di pusat bandar raya Kuala Terengganu semalam.

Peniaga kedai makan di K.Terengganu tertekan kerap tiada air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gangguan bekalan air yang kerap berlaku di pusat bandar raya ini termasuk terbaharu semalam menjejaskan banyak premis perniagaan khususnya restoran dan kedai makan.

Pemilik Restoran Mat Binjai, Mamat Abdul Wahab mendakwa, gangguan bekalan air terbabit merupakan kali ketiga berlaku dalam tempoh kurang dua bulan.

“Saya sangat kecewa dengan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) yang tidak menyediakan langsung bekalan air alternatif bagi mengurangkan beban kami.

“Kami faham ia merupakan gangguan luar jangka tetapi sekurang-kurangnya tunjuklah inisiatif bantu kami sebagai komitmen memberi perkhidmatan terbaik yang dijanjikan sei­ring dengan kenaikan tarif air beberapa hari lagi,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, gangguan bekalan air itu berpunca daripada kejadian paip pecah di depan sebuah bank di pusat bandar raya ini.

Mamat mendakwa Satu me­minta bayaran RM400 untuk selori sekiranya mahu bekalan air alternatif dihantar ke restorannya.

Beliau mendakwa caj itu tidak patut kerana bukannya mereka yang menjadi punca gangguan air luar jangka tersebut.

“Kami pun pelanggan Satu. Gangguan bekalan air ini menyukarkan operasi harian perniagaan terutama untuk kerja-kerja pembersihan peralatan memasak di restoran.

“Saya terpaksa mencari sumber air sendiri yang lebih berpatutan bagi membasuh pinggan mangkuk, periuk, kuali dan penyediaan minuman,” dakwanya.

Mamat memberitahu, mujurlah sewaktu gangguan bekalan air itu mula pada pukul 8 pagi semalam, beliau sempat memasak beberapa menu hidangan lebih awal untuk jualan.

Seorang pengusaha kuih tradisional, Shahida Rahim, 34 pula mendakwa, terpaksa mengambil air dari rumah rakannya di Padang Midin bagi menyiapkan tempahan semalam.

“Saya ni peniaga kecil sahaja, jualan harian pun sekitar RM150 sahaja sehari.

“Kita faham, ini adalah gangguan bekalan air luar jangka, namun sekurang-kurangnya sediakanlah pelan alternatif untuk kami mendapatkan sumber air bersih dengan mudah,” rayu­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN