fbpx

Diberkas selepas 9 jam meragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ganbar hiasan

PETALING JAYA – Selepas lebih sembilan jam meragut beg seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Latar), akhirnya seorang penjenayah berjaya ditahan petang semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah rumah di Taman Rahmat Jaya, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian samun itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi ketika mangsa ke premis terbabit untuk mengisi minyak.

Katanya, mangsa telah didatangi seorang lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 dari arah belakang sebelum merampas sebuah beg yang diletakkan dalam bakul motosikal.

“Suspek terus melarikan diri dan di dalam beg itu mengandungi dua buah telefon bimbit, wang tunai RM30 serta kad pengenalan (Mykad) milik mangsa.

“Susulan laporan mangsa, anggota dari Balai Polis Kundang telah menyerbu sebuah rumah di Rawang dan berjaya menahan suspek,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui semula Mykad dan dua buah telefon bimbit milik mangsa.

“Turut dirampas sebuah motosikal Honda Ex-5 milik suspek yang digunakan semasa kejadian.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI