fbpx
BERDEPAN kecaman hebat gara-gara tarian yang dikatakan meniru konsep penyanyi Korea Selatan iaitu Jungkook, Sean Lee tetap memacu ke landasan yang dirasakan tepat demi menstabilkan karier seninya.

Lebih baik dikritik berbanding tiada respons – Sean Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMBINA tapak sebagai pelakon dan pengacara lebih sedekad, Sean Lee kini meneroka cabang seni baharu bagi membuktikan kebolehannya sebagai selebriti serba boleh.

Sean yang melangkah ke arena nyanyian kini sudah melancarkan single pertama berjudul Tak Sanggup Terima hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito.

Mengharapkan reaksi positif, malangnya fokus khalayak cenderung ke arah negatif, masing-masing mengkritik gaya tariannya dalam video promosi single berkenaan.

Segalanya bermula apabila pemilik nama lengkap Sean Lee Jia Ern memuat naik video menari-nari sebagai sebahagian mempromosikan lagu terbaharunya di platfrom digital.

BIARPUN dikecam, Sean Lee tidak patah semangat untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Lebih baik ada

Ada yang menyifatkan Sean beria-ia meniru gaya penyanyi Korea Selatan, Jungkook tetapi tidak berjaya menarik perhatian peminat.

Enggan patah semangat, anak jati Selangor itu terbuka menerima segala kritikan.

Tiru bulat-bulat memang salah, tetapi ‘tiruvasi’ iaitu meniru dengan asimilasi gaya tersendiri, mungkin itu satu inisiatif yang bijak.

“Saya tidak tahu benda sudah tular kerana tidak buka sangat media sosial ketika bekerja.

“Bagi saya media sosial boleh jadi tidak sihat untuk kesihatan mental saya dan kepada semua juga.

“Namun, tidak mengapalah. Ada yang komen lebih baik daripada tiada walaupun baik atau buruk,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Keluarga Pontimu itu akan mengambil segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk lebih ke hadapan dalam bidang yang diminati.

“Komen-komen itu satu maklum balas untuk saya perbaiki diri dan mengeluarkan produk yang lebih bagus.

“Ini adalah proses pembelajaran. Saya okey kerana saya tahu apa yang jadi di belakang tadbir.

“Lantaklah orang nak cakap apa kerana saya sendiri apa saya buat dan sajikan kepada semua,” ujarnya yang sudah lama meminati bidang nyanyian.

SEAN menganggap kecederaan lutut yang dialami ketika bermain bola adalah hadiah tahun baharu 2024.

Minat muzik

Tidak mahu berlama-lama dalam topik tersebut, Sean mengalihkan perbualan dengan menceritakan idea tercetus untuk melancarkan lagu yang menjadi impian sejak dahulu lagi.

“Sudah lama saya nak buat muzik tetapi bukan niat ingin menjadi penyanyi hebat di Malaysia. Tak boleh lawan Aina Abdul.

“Saya cuma buat muzik untuk meluahkan perasaan dan kreativiti serta dikongsi dengan peminat.

“Dah lama saya merancang tetapi sekarang baru ada rezeki dapat bekerjasama sebuah label muzik,” ujarnya.

DISEBABKAN kecederaan lutut, pergerakan lelaki Tionghua itu jadi terbatas, terutama dari segi tarian atau beraksi di padang bola walaupun untuk suka-suka.

Lutut cedera

Hari tidak selamanya panas. Begitu juga keadaan Sean yang tiba-tiba mengalami kecederaan pada lutut kanan sehingga menjejaskan pergerakannya lebih-lebih lagi dalam melakukan tarian bagi mempromosikan lagu terbaharunya.

“Dalam lagu baharu saya berjudul Tak Sanggup Terima ada koreografi menari tetapi saya tidak dapat lakukan kerana kaki saya cedera.

“Pada 1 Januari lalu, saya menerima ‘hadiah pertama’ iaitu cedera lutut kanan yang impaknya sama seperti Anterior Cruciate Ligament (ACL).

“Susah nak menari kerana ada banyak pergerakan dan juga pergerakan secara tiba-tiba yang menyebabkan saya sakit,” jelas Sean yang turut dikenali sebagai personaliti YouTube.

Bercerita lanjut, lelaki berusia 29 tahun itu berkongsi mengenai punca kecederaannya yang terjadi semasa bermain bola sehingga mengganggu jadual kerjanya.

“Kecederaan ini berlaku semasa saya ingin menahan bola daripada memasuki palang gol tetapi tidak sangka kaki lawan melekat pada bola dan kena kaki saya.

Saya terus terduduk sebab terlalu sakit dan berhenti bermain.

“Keesokkan harinya, barulah saya ke klinik kerana dalam tempoh yang sama saya ada penggambaran yang memerlukan banyak aksi,” kata pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu.

Disebabkan masalah lutut Sean terpaksa menjalani rawatan sehingga benar-benar pulih dan harus mengikuti rawatan berkala sehingga pulih.

“Kata doktor, enam minggu paling maksimum diperlukan untuk pulih tetapi tetap saya tidak boleh bermain bola seperti dulu.

“Kaki saya bukan seperti dulu lagi akibat kecederaan tersebut.

“Buat masa sekarang saya sedang buat fisioterapi untuk memulihkan lutut saya,” tutupnya.

Bagi Sean Lee, lebih baik kerja seninya dikritik daripada langsung tidak mendapat respons daripada khalayak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN