fbpx

Adakah lagi Penyelesaian Dua Negara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Rentetan perjanjian demi perjanjian hasil rundingan sulit antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel di Oslo dalam tahun 1990-an, seterusnya disusuli Kebangkitan Kedua rakyat Palestin antara tahun 2000 hingga 2005, masyarakat antarabangsa khususnya kuasa Barat bersetuju melaksanakan pelan damai Asia Barat dikenali sebagai Penyelesaian Dua Negara.

Ringkasnya, Penyelesaian Dua Negara merujuk kepada konsensus penubuhan negara Palestin merdeka di samping Israel berdasarkan garisan sempadan pada tahun 1967.

Pelan damai Asia Barat itu hangat diperkatakan dan diusahakan oleh masyarakat antarabangsa, tidak terkecuali Amerika Syarikat, namun berdepan pelbagai halangan terutamanya yang ‘disengajakan’, sebelum menjadi lesu pada 2008.

‘Road map’ tersebut sering ‘dijaja’ oleh berbilang negara termasuk Barat setiap kali konflik Palestin-Israel tercetus.

Banyak negara jujur mahukan Penyelesaian Dua Negara dapat direalisasikan, sekali gus menamatkan konflik berdarah Palestin yang melebihi tempoh separuh abad dan meragut ratusan ribu nyawa.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan adalah bagi sesetengah negara Barat, pelan itu hanyalah sekadar ‘lip service’ untuk mengabui mata dunia bahawa mereka kononnya memperjuangkan kebebasan, kebenaran, demokrasi dan keadilan.

Pada minggu lalu, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant membentangkan pelan pascaperang Gaza.

Apa yang paling menonjol ialah kenyataan Gallant bahawa tentera Israel bebas memasuki Semenanjung Gaza dari semasa ke semasa di masa hadapan sekiranya Rejim Zionis berpendapat ada keperluan untuk berbuat demikian.

Lantaran adakah lagi ruang untuk Penyelesaian Dua Negara?

Sejujurnya, pendukung fahaman Zionis percaya Palestin adalah tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka, sejak dari awal lagi.

Itulah perinsip mereka. Tiada undang-undang di atas dunia ini mahupun resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana road map antarabangsa boleh menyatakan sebaliknya.

Inilah pegangan mereka dan mana-mana pemimpin menyatakan bahawa krisis Palestin-Israel adalah isu perebutan tanah dan geopolitik umpama bermimpi di siang hari.

Tiada perkongsian Baitulmuqaddis dan tiada pecahan dua negara itulah realiti yang dunia hadapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN