fbpx
Bas yang dinaiki oleh skuad negara sepanjang berada di Qatar nanti. - Foto ihsan FAM

[VIDEO] Piala Asia: Bas livery khas ‘angkut’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya selamat tiba di bandaraya Doha, Qatar hari ini bagi mengharungi kempen Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada 13 Januari nanti.

Lebih menarik, kehadiran kem negara disambut dengan bas dengan ‘livery’ khas seakan warna bendera Jalur Gemilang.

“Inilah bas yang disediakan untuk skuad Harimau Malaya di sepanjang kempen Piala Asia 2023 ini.

Skuad kendalian Kim Pan Gon akan turun menjalani sesi latihan pertama mereka, malam ini selepas tiba di Doha, hari ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM sebentar tadi.

Malaysia telah bersaing pada kejohanan bola sepak paling berprestij benua Asia itu buat kali pertama sejak menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007.

Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan E dan dijadualkan menentang Jordan pada 16 Januari, disusuli aksi menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari). – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qatar 2023 (@qatar2023)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN