fbpx
Gambar hiasan. FOTO/ AMIR KHALID

Dapat jimat lebih RM1,000 jika urus sendiri nikah di Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pasangan yang memilih untuk bernikah di Thailand tanpa menggunakan khidmat ejen boleh berjimat melebihi RM1,000.

Wanita dikenali sebagai Leeya, 32, berkata, dia dan pasangan yang merupakan ahli perniagaan hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM1,500 berbanding menggunakan ejen iaitu RM2,500 hingga RM2,800.

Leeya yang merupakan isteri kedua membuat pengiraan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menguruskan sendiri perkahwinannya.

Ujarnya, dia mengenali ramai ejen nikah Siam, sekali gus memudahkannya untuk mendapatkan maklumat mengenai kos untuk bernikah di negara jiran.

“Jika guna khidmat ejen, secara puratanya caj yang dikenakan adalah RM2,500 hingga RM2,800 selama dua hari.

“Ia merangkumi perkara ­seperti caj khidmat ejen, urusan di konsulat serta penginapan.

“Bagaimanapun, kami bernikah pada September lalu dengan kos RM1,500 untuk dua hari. Jadi saya dapat berjimat ­lebih RM1,000,” katanya kepada ­Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.

Leeya menjelaskan, dia menggunakan perkhidmatan komu­ter dari Bagan Serai ke Hatyai ­dengan kos bagi perjalanan dua hala RM60 seorang, dengan tambahan RM50 bagi perjalanan menggunakan mod pe­ngangkutan tempatan ke Songkhla untuk bernikah.

Katanya, untuk penginapan pula, kos dibayarnya adalah RM80, manakala urusan di konsulat pula RM150.

“Begitu juga dengan makan minum bagi dua orang, RM300 sudah mencukupi kerana yang penting selesaikan urusan wajib.

“Jadi memang dapat jimat banyak. Bagaimanapun, tidak ­dinafikan mereka (ejen) lebih mahir selok-belok di negara tersebut dan banyak membantu pasangan Malaysia di sana,” katanya.

Menurut Leeya, tempoh persediaan itu mungkin berbeza bagi setiap pasangan yang mahu pergi sendiri ke Thailand untuk bernikah kerana terdapat suami isteri hanya melakukan persiapan selama sebulan atau dua bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN