fbpx

1,889 kes positif Covid-19 di kilang Top Glove

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kilang Top Glove akan ditutup secara berperingkat ekoran 1,889 kes potitif Covid-19 dicatatkan di kawasan berkenaan hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan 5,794 saringan di kilang berkenaan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, sidang khas hari ini bersetuju supaya 28 kilang Top Glove ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kuarantin.

“Pelaksanaan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di asrama pekerja lelaki dan asrama pekerja wanita syarikat Top Glove bermula 17 November lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI