fbpx
Ewon (tengah) pada majlis perasmian Pameran SDSI Madani peringkat kebangsaan di MITC Melaka, minggu lalu.

Pemeran SDSI rancakkan aktiviti keusahawanan, koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani peringkat kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, minggu lalu.

Kuskop berkata, program yang dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick itu bertujuan untuk menyediakan medium pemasaran produk atau perkhidmatan SDSI yang berkualiti.

Katanya, imej produk atau perkhidmatan SDSI dapat ditingkatkan di samping memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI berpotensi dan berkualiti serta memperluaskan rantaian perniagaan.

“Menerusi platform ini ia turut memberi peluang kepada Kuskop dan Kerajaan Negeri Melaka serta agensi-agensi kerajaan untuk menyampaikan maklumat berhubung perkhidmatan keusahawanan dan koperasi.

“Ini dapat dilakukan melalui sesi taklimat dan pameran kepada usahawan, koperasi serta komuniti setempat,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi mengimbangi peningkatan kos sara hidup rakyat, Kuskop berkata, agensinya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan Jualan Madani Koperasi (JMK).

Menurutnya, barang keperluan asas seperti beras, telur dan minyak masak ditawarkan pada kadar yang berpatutan dan lebih murah berbanding pasaran.

Jelasnya, Kuskop turut bekerjasama dengan kementerian lain melalui penganjuran Jualan Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jualan Agro Madani oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Program-program ini akan memanfaatkan rakyat, usahawan dan anggota koperasi dalam mendapatkan barang keperluan asas pada kadar harga yang berpatutan.

“Kuskop berharap dengan pelaksanaan program kali ini dapat merancakkan semula aktiviti keusahawanan dan koperasi dalam kalangan usahawan SDSI diseluruh negara,” ujarnya.

Tambahnya, usaha itu juga selaras dengan hasrat dan kerangka visi Malaysia Madani di bawah tonggak kesejahteraan yang membawa maksud keseimbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN