Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
SEREMBAN – Desakan pihak syarikat kredit agar menjelaskan bayaran ansuran bulanan buat pengusaha-pengusaha bas sekolah tertekan.
Lebih meresahkan apabila tiada sebarang bantuan yang mereka terima dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan Jumaat lalu.
Menurut Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd. Rofik Mohd. Yusof, mereka sudah tidak boleh tunggu lagi kerana pihaknya terdesak dani tidak dapat lagi berhadapan pihak syarikat kredit.
Katanya, Belanjawan 2021 langsung tidak menyebelahi pengusaha-pengusaha yang terlibat dengan pengangkutan awam.
“Kami tidak minta duit dengan kerajaan pasal banyak orang tuduh hari ini orang bas mintak duit. Itu silap itu salah sebenarnya.
“Kami tidak minta duit kat kerajaan kami minta kerajaan hari ini supaya campur tangan bagi moratoraium ini bincang dengan pihak kredit bagi pihak kami ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan di Balai Polis Rahang di sini malam tadi.
Tambahnya, beliau memintak tangguhkan dahulu pembayaran dengan syarikat kredit sementra menunggu perniagaan pulih seperti sedia kala.
“Ramai dikalangan pengusaha yang ada hari ini yang mana bas kena rampas pun dah ada yang mana bas sorok pun ada dan ada yang sedang berperang dengan syarikat-syarikat kredit ini hari-hari mintak bayar,” tambahnya.
“Kalau ansuran bas ni sebulan RM500 ke RM1,000 mungkin boleh lagi kami cari jalannya tetapi kalau bas baru ini RM10,000 ke RM15,000 sebuah. Sebuah bas harga RM700,000 ke RM1 juta kalau bas yang dua tingkat.
Jelasnya, pengusaha yang membeli bas pada tahun 2018 dan 2019 paling terjejas kerana bermula 18 Mac 2020 perkhidmatan tidak beroperasi.
“Laporan ini kami buat kerana beberapa kementerian yang kami hadap sebelum belanjawan diumumkan pada hari Jumaat lepas tidak sampai ke pihak atasan.
“Jadi kemana hala tuju kami ini,” katanya. – K! ONLINE














