fbpx
SYAMIM NAIM (tengah) berjaya meledak satu gol buat skuad negara menewaskan Bangladesh 5-1 pada aksi kedua Kumpulan B Piala Remaja Asia di Kompleks Sukan Salalah hari ini. - AHF

Young Tigers rekod kemenangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia terus berada pada landasan tepat untuk melangkah ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman apabila menewaskan Bangladesh 5-1 sebentar tadi.

Shahmie Irfan Suhaimi muncul wira pasukan dengan membuktikan kualiti penyudah tajamnya yang pernah menjaringkan gol di pentas Piala Dunia di Bhubaneswar-Rourkela, India awal tahun ini.

Penyerang skuad hoki remaja lelaki negara itu membuktikannya apabila meledak hatrik selepas menyempurnakan tiga pukulan sudut penalti bermula minit ke-13, 43 dan 59.

Dua lagi gol skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim itu dijaringkan oleh Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini dan Muhammad Syamim Naim Abd. Hamid masing-masing pada minit kelapan serta 15.

Malangnya, pasukan Young Tigers gagal memastikan gawang negara tidak dibolosi dalam aksi kedua Kumpulan B itu apabila membenarkan Bangladesh meledak satu gol menerusi Md. Abdullah pada minit ke-37.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut buat Malaysia selepas membuka kempen membelasah Uzbekistan 8-1 di Kompleks Sukan Salalah pada Selasa lalu.

Kini, Malaysia berpeluang mengesahkan tempat awal ke pentas separuh akhir jika berjaya menumbangkan satu lagi pasukan pilihan, Korea Selatan pada aksi ketiga Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI