fbpx
GAMBAR HIASAN

Kerjaya influencer tak stabil, boleh hilang pendapatan bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Influencer atau pempengaruh media sosial perlu ada pendapatan sampingan se­perti pelaburan atau perniagaan dan tidak bergantung kepada kandungan video atau ekonomi gig sebagai persediaan hidup pada masa depan.

Pensyarah Kanan Bahagian Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Abdul Rais Abdul Latiff berkata, sumber pendapatan diraih influencer hingga mencecah puluhan ribu sebulan disifatkan sebagai tidak stabil.

Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan kitaran hayat sesebuah perniagaan yang mampu bertahan selama 10 tahun sahaja.

“Pempengaruh mendapat ‘job’ bagi mempromosikan sesebuah perniagaan dan bergantung harap kepada pemain industri untuk kekal menjana pendapatan.

“Dalam kitaran perniagaan, ia ada tempoh 10 tahun sebelum mencapai tahap matang. Jadi, jika tiada pelan sampingan lain, mereka juga terkesan jika perniagaan itu terpaksa ditutup,” katanya.

Abdul Rais berkata, pekerjaan sebagai influencer juga dika­tegorikan sebagai ekonomi gig di mana ia disifatkan sebagai tidak tetap dan mempunyai risiko kehilangan pendapatan.

“Mereka perlu mempunyai pelan sampingan dan tidak ha­nya bergantung semata-mata kepada ‘review’ produk dalam menjana pendapatan pada kini dan masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN