fbpx

22 tahun cerai, Tom Cruise elak jumpa Nicole Kidman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOM Cruise dan bekas isteri, Nicole Kidman.

BIARPUN tercalon untuk enam kategori dalam Anugerah Oscar 2023 baru-baru ini, pelakon terkenal Tom Cruise dikhabarkan sengaja tidak hadir ke majlis tersebut kerana enggan bertembung dengan bekas isterinya, Nicole Kidman.

Menurut laporan Pagesix, Cruise enggan bertembung dengan bekas isterinya kerana tidak mahu timbul perbalahan antara mereka, selain berasa janggal untuk menyapa pelakon wanita itu.

“Cruise tidak hadir ke majlis Oscar kerana mahu mengelak daripada bertembung dengan Kidman. Kedua-dua mereka tidak pernah baik dan masih bermasam muka sehingga kini,” kata sumber kepada Pagesix.

Bagaimanapun, sumber terdekat kepada pelakon filem Top Gun: Maverick itu menafikan hal tersebut dan memberitahu bahawa punca ketidakhadiran Cruise ke majlis Oscar kerana terikat dengan jadual penggambaran di lokasi lain.

Cruise, 60, dan Kidman, 55, mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 1990, namun mereka bercerai pada 2001.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI