fbpx
RAMAI pekerja asing memilih untuk bekerja dalam sektor perladangan yang menawarkan gaji lebih lumayan.

Pekerja asing tahan lasak jadi pilihan majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mempunyai keperibadian lasak dan pandai mencari peluang serta rajin antara faktor yang mendorong ramai majikan tempatan memilih warga asing sebagai pekerja mereka.

Antara sektor yang menjadikan pekerja asing sebagai pilihan utama majikan adalah dalam bidang perladangan.

Seorang pengurus ladang kelapa sawit dikenali sebagai Zamri, 45, berkata, pekerja dari Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk melakukan kerja-kerja di ladang kerana mempunyai daya tahan yang sangat tinggi.

Menurutnya, tidak hairanlah jika pekerja asing tersebut mampu menjana pendapatan sehingga RM6,000 sebulan, setimpal dengan kerja-kerja yang mereka dilakukan.

“Gaji lumayan, tetapi tidak semua anak muda sanggup buat kerja-kerja ini. Kalau adapun, jumlahnya tidak ramai. Bagi pekerja asing pula, mereka sanggup lakukan apa sahaja dan mampu menyimpan kira-kira 80 hingga 90 peratus daripada gaji yang diterima.

“Kalau dapat RM6,000, mereka cuma guna RM600 untuk makan. Setahun sudah berjaya simpan RM64,800,” katanya.

Selain itu, seorang pengurus stesen minyak, Syed Nordin Khalid, 48, berkata, pekerja asing akan mengambil setiap peluang yang ada dalam sesuatu perusahaan, asalkan mereka dapat bekerja dan memperoleh pendapatan.

“Disebabkan tidak ramai orang tempatan berminat untuk bekerja sebagai atendan pam minyak, jadi saya terpaksa memilih pekerja asing bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Berdasarkan pengalaman, saya lihat mereka lebih rajin bekerja sehingga tidak mahu mengambil cuti,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja syarikat pembinaan dikenali Ahmad, 38, berkata, pekerja dari Bangladesh adalah antara pekerja yang berdisiplin dalam soal mengurus kewangan.
Katanya, pekerja berkenaan memperuntukkan kira-kira 10 peratus sahaja duit gaji mereka untuk keperluan makan dan tempat tinggal, manakala selebihnya dihantar ke kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN