fbpx

Profesor direman lima hari seleweng RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk proses reman hari ini.

SHAH ALAM – Seorang timbalan pengarah di sebuah universiti awam (UA) direman lima hari bermula semalam selepas dipercayai menyeleweng wang lebih RM30,000 hasil keuntungan program konferensi antarabangsa.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani terhadap suspek berusia 40an selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek yang merupakan profesor dengan gred Jusa C ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Suspek dipercayai menggunakan kedudukan atau jawatannya untuk mengambil wang berjumlah lebih RM30,000 itu dan perbuatan itu dilakukan suspek pada Ogos 2021.

“Dia telah membuat keputusan sendiri memasukkan wang keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran UA itu ke dalam akaun bank peribadi miliknya,” katanya hari ini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI