IBU bapa membawa anak-anak ke Taman Permainan Air, Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur sempena cuti sekolah. – SHIDDIEQIIN ZON

Ibu bapa berjimat, enggan habiskan RM5,000 untuk bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kos per­belanjaan yang agak tinggi RM2,000 hingga RM5,000 menyebabkan kebanyakan ibu bapa memilih untuk tidak pergi makan angin seperti kebiasaan cuti sekolah sebelum ini.

Rata-rata ibu bapa berpendapatan sederhana memilih untuk mengutamakan keperluan se­perti menyediakan kelengkapan barangan sekolah, persediaan Ramadan dan hari raya.

Seorang pekerja swasta yang ingin dikenali sebagai Zailani, 45, berkata, peruntukan untuk bercuti agak besar bagi dirinya bersama tujuh sekeluarga yang tinggal di Kuala Lumpur walaupun hanya di tempat percutian lokal.

“Isteri dan tiga anak saya suka ke Cameron Highlands dan hampir tiap kali cuti sekolah memang ke situ destinasi kami. Mungkin sebab cuaca yang sejuk dan ­banyak tempat menarik boleh dilawati.

“Biasanya saya membelanjakan RM2,000 untuk percutian dua hari iaitu minyak (RM150), makan (RM500), penginapan (RM500), termasuk bayaran tol dan lain-lain.

“Ikutkan RM1,500 pun cukup tapi memandangkan anak-anak saya ramai dan berumur lima hingga 16 tahun, jadi ada ‘permintaan’ masing-masing yang kadang-kadang tidak sampai hati untuk saya tolak.

“Memandangkan bulan ini buka sekolah, jadi saya tangguhkan dulu percutian ke waktu lain sebab kena utamakan perkara lebih penting. Persiapan raya pun sebolehnya saya nak selesaikan bulan ni juga,” kongsinya.

Sementara itu, Nur Aina, 39, yang menetap di Shah Alam berkata, kebiasaannya mereka ke pusat peranginan bersama suami dan tiga anak setiap kali cuti sekolah panjang, namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut tahun ini.

“Disebabkan setahun sekali, kami selalunya pilih hotel yang agak mewah dan privasi sedikit untuk anak-anak.

“Biasanya kami habiskan sekitar RM5,000 tapi nampaknya terpaksa tangguhkan dahulu perancangan tahun ni untuk bercuti di Pantai Timur sebab nak buka sekolah, raya lagi, banyak wang hendak digunakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN