fbpx

Agong zahir ucapan tahniah pelantikan Hamidin sebagai Ahli Majlis FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah Yang di-Pertuan Agong kepada Hamidin.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd, Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.

Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin dan menyifatkan ianya sebagai satu pengiktirafan kepada beliau dan juga kepada FAM serta negara.

“Selain itu, ianya juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu juga, baginda turut menzahirkan keyakinan bahawa Hamidin dengan berbekalkan keupayaan dan pengalaman luas beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis FIFA dengan jayanya.

“Baginda turut yakin bahawa beliau akan membawa suatu nafas baharu kepada sukan bola sepak dunia dan negara.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Hamidin dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan Hamidin menepati ramalan apabila dipilih menjadi Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027.

Keputusan tersebut disahkan selepas berakhirnya Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Manama, Bahrain, semalam.

Hamidin yang meraih 35 undian menjadi antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia dalam Majlis FIFA kali ini.

Selain Hamidin, turut terpilih adalah heikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani dari Qatar (40 undian) Kohzo Tashima (Jepun/39 undian), Yasser H. Almisehal (Arab Saudi/35 undian) dan Mariano Areneta Jr. (Filipina/34 undian).

Sebagai rekod, Al-Sultan Abdullah telah menjadi wakil Malaysia pertama dalam Majlis FIFA susulan kemenangan baginda pada Kongres AFC edisi 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI