fbpx
ANJING yang sering berkeliaran di kawasan laluan harian serta sukar dielakkan adalah dihukumkan sebagai umum al-balwa (yang dihukumkan sebagai najis yang dimaafkan) dan tayar kenderaan tidak perlu disertu. – Gambar hiasan

Perlu sertu tayar kereta atau tidak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saya hendak bertanya. Ketika hujan dan jalan basah, ada anjing lalu dan pijak jalan dan kemudian tayar kereta lalu, tak pasti kena atau tidak jalan tempat anjing itu pijak. Perlu sertu atau tidak tayar kereta?

Jawapan:
Islam telah mengkategorikan anjing dan apa-apa yang datang daripadanya sebagai najis mughallazah. Najis mughallazah hendaklah disucikan melalui kaedah yang telah ditetapkan syarak. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.”

Namun begitu, dalam situasi atau keadaan-keadaan tertentu yang terdapat masyaqqah, misalnya najis sukar untuk dikawal atau sukar untuk dielakkan, ia dikategorikan sebagai umum al-balwa dan dihukumkan sebagai najis yang dimaafkan.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, anjing yang berkeliaran di kawasan yang menjadi laluan kebiasaan harian dan sukar untuk dielakkan adalah dihukumkan sebagai umum al-balwa. Justeru dalam hal ini, sekiranya seseorang itu melalui jalan yang telah dilalui oleh anjing tersebut dengan menaiki kenderaan, walau diyakini telah terpijak tempat yang dilalui oleh anjing tersebut, tidak perlu disertu tayar kenderaan tersebut.

Hal ini juga kerana, ia telah disucikan secara tidak langsung apabila terkena padanya tanah, air, rumput dan sebagainya.

Malahan, dalam situasi yang mempunyai keraguan/tidak pasti sama ada terpijak atau tidak tempat yang dilalui oleh anjing itu, maka tidak dapat disabitkan ke atasnya sebarang hukum. Oleh itu, tidak perlu untuk menyertu tayar kenderaan tersebut. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa maksudnya: Hukum tidak akan terbina ke atas perkara syak. Tuntasnya, kami juga menasihati agar jauhilah sifat ragu-ragu yang menatijahkan kesusahan dalam kehidupan dan sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita bagi melaksanakan segala perintah-Nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN