fbpx

Dua kali gagal bawa masuk daging lembu import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging lembu sejuk beku Brazil yang dirampas Maqis Selangor

KLANG – Hasrat sebuah syarikat pengeluar makanan terkemuka membawa masuk daging lembu sejuk beku dari Brazil gagal apabila ditahan sekali lagi di Pelabuhan Barat, di sini Rabu lalu.

Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 10 pagi itu, sebanyak 23 tan daging lembu sejuk dianggarkan RM476,000 dalam sebuah kontena dirampas pihak berkuasa.

Ini merupakan kesalahan kedua syarikat beroperasi di Lembah Klang itu dengan kali pertama pada Julai lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, pemeriksaan terhadap barang dagangan itu mendapati tidak mempunyai permit import yang sah.

“Hasil pemeriksaan dalam kontena itu mempunyai 23 tan daging dianggarkan bernilai RM476,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menegaskan seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Tambah Mohd. Sobri memberitahu, tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

“Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI