fbpx
Gambar hiasan

Bertahun dapatkan anak angkat, punca pasangan guna jalan pintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disaran mengkaji semula tempoh menunggu bagi mendapatkan anak angkat dalam usaha mengelakkan pasangan tidak mempunyai cahaya mata menggunakan jalan mudah bagi memenuhi impian mereka.

Difahamkan, ketika ini, tempoh menunggu untuk mendapatkan anak angkat mampu mencecah hingga beberapa tahun, sekali gus menyebabkan pihak terlibat sanggup mendapatkan bayi menggunakan jalan pintas di rumah perlindungan yang melindungi gadis hamil.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, saranan mempercepatkan proses permohonan itu dibuat berikutan bimbang ada pihak tidak sabar sekali gus menggunakan sindiket demi mendapatkan anak angkat.

Berita berkaitan: Komplot jual bayi anak yatim, remaja terlanjur

“Dalam konteks ini, JKM boleh mainkan peranan untuk mempercepatkan proses permohonan di mana tempoh menunggu dapat dipercepatkan khususnya kepada pemohon yang meme­nuhi syarat ditetapkan sebagai keluarga angkat.

“Ia secara tidak langsung bukan sahaja membolehkan pemohon mendapatkan anak angkat mengikut undang-undang ditetapkan, malah berupaya mengurangkan kes-kes berkaitan penjualan bayi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.

Katanya, permohonan mendapatkan anak angkat perlu dilaksanakan mengikut jalan sah dan dibenarkan memandangkan ia mampu memberi pelbagai implikasi negatif pada masa depan sekiranya dibuat melalui saluran salah.

“Bayi yang mahu dijadikan anak angkat perlu melalui pro­ses yang betul seperti di JKM di mana syarat-syarat tertentu sebagai keluarga angkat telah ditetapkan.

“Jika menggunakan sindiket, banyak isu akan timbul kelak seperti apabila mahu berkahwin, mereka mungkin keluarga sama ekoran tidak ada maklumat terperinci tentang susur galur keturunan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN