fbpx
Gambar hiasan.

Sekat jualan vape kepada budak bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru agar kerajaan mengenakan larangan sepenuhnya terhadap penjualan, import, pembuatan dan pengedaran vape dan e-rokok kepada kanak-kanak di bawah umur.

Pegawai pendidikan CAP yang juga aktivis anti rokok, N.V. Subbarow berkata, kerajaan mesti membuat keputusan segera untuk mengharamkan vape dan e-rokok sebelum semakin ramai remaja terjebak dengan nikotin menerusi penggunaan vape dan e-rokok.

“Sehingga kini lebih 20 negara kebanyakannya di Amerika Selatan, Timur Tengah dan Asia Tenggara telah mengharamkan penjualan produk e-rokok.

“Thailand juga mempunyai undang-undang yang ketat me­ngenai vape dan e-rokok, malah di Australia, Kanada dan Norway juga telah memper­kenalkan ba­nyak sekatan, namun di Malaysia ia adalah produk yang mudah didapati,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Menurut Subbarow, dalam kaji selidik yang dijalankan oleh CAP, pihaknya mendapati, semakin ramai kanak-kanak termasuk gadis dari sekolah rendah dan mene­ngah kini ketagihan vape dan e-rokok.

“Kanak-kanak dan belia kini membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli vape daripada makanan atau membeli buku,” ujarnya.

Selain itu, katanya, vape dan e-rokok kini menjadi seperti gula-gula lolipop kepada kanak-kanak memandangkan peranti itu kini boleh diperoleh di dalam perisa cecair buah-buahan.

Subbarow berkata, vape dan e-rokok boleh dibeli di mana-­mana sahaja, malah gerai yang menjual gula-gula dan majalah turut menjual vape dan e-rokok secara terbuka.

“Tinjauan CAP di beberapa sekolah di sekitar pulau dan Seberang Perai serta Kulim, Kedah mendapati, vape dan e-rokok ini menjadi seperti ‘lolipop’ kepada kanak-kanak termasuk murid sekolah rendah kerana ada dijual dalam bentuk cecair berperisa buah-buahan.

“Banyak pasar raya yang terletak berdekatan dengan sekolah juga menjual produk ini kepada pelajar, malah ramai orang muda yang tidak pernah menghisap rokok tradisional menghisap vape dan e-rokok yang boleh didapati dalam lebih 16,000 perisa,”­ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN