fbpx

Barcelona putus tak jadi jual Frenkie De Jong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE JONG (tengah) menjadi buruan United sejak awal jendela perpindahan dibuka, namun sikap Barcelona yang bermain tarik tali mengecewakan mereka. – AFP

BARCELONA – Kelab Barcelona membuat ‘pusingan U’ selepas mengesahkan pihak pengurusan tidak akan menjual perancang utama, Frenkie De Jong pada sebarang harga meskipun menarik minat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester Uni­ted.

Difahamkan, United hampir bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan ejen peribadi De Jong selain tanda harga yang diletakkan oleh Barcelona sebanyak £56 juta (RM295 juta) bagi memastikan perpindahan ke Old Trafford menjadi realiti.

Ini kerana De Jong merupakan sasaran No. 1 yang diletakkan oleh pengendali baharu The Red Devils, Erik Ten Hag yang mahu kembali menjalinkan kerjasama dengan pemain berusia 25 tahun selepas menikmati pengalaman itu di Ajax Amsterdam pada tiga musim lepas.

Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata, De Jong masih memiliki kontrak jangka panjang bersama pasukan selain berada dalam perancangan ketua jurulatih, Xavi Hernandez bagi mengharungi kempen musim depan.

“De Jong adalah pemain milik Barcelona dan buat masa ini kami tidak mahu menjualnya pada sebarang harga. Pengurusan tahu dia sudah mendapatkan tawaran secara peribadi, tetapi kami bertegas tidak akan melepaskannya sehingga kami be­­r­ubah fikiran semula,” katanya.

Sementara itu, Laporta turut mengesahkan pihaknya sudah membuat tawaran rasmi kepada pemain sayap antarabangsa Pe­rancis, Ousmane Dembele untuk kekal bersama Barcelona selepas kontraknya berakhir pada bulan lalu.

“Dembele bukan lagi pemain Barcelona secara rasmi, tetapi kami sudah menawarkannya kontrak baharu sebagai pemain bebas. Buat masa ini, rundingan masih lagi dijalankan dan berharap dia bersetuju dengan terma yang kami berikan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI