fbpx

Empat lagi ahli Geng Chandra diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT lagi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Chandra' kini dalam buruan polis. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Polis memburu empat lagi saki-baki ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’ yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran.

Suspek yang dikesan ialah K. Harivin Raj, 25, B. Jagandran, 47, bersama dua lagi lelaki warga asing iaitu Juanda dan Afrizal.

Ketua Polis Negeri, Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, empat suspek terbabit dipercayai menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan dadah ke negara jiran sejak tahun 2021 serta memiliki senjata api.

”Sebelum ini, seramai 14 ahli kumpulan tersebut ditahan menerusi Op Cantas Tanjung 3 pada 25 Mei lalu dan suspek telahpun didakwa di mahkamah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, kesemua 14 individu terbabit termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’ kira-kira pukul 9 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI