fbpx
Idris (kanan) ketika mengendalikan jentera pengorek untuk majlis pecah tanah Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor, hari ini

Pusat tahfiz digalak ceburi keusahawanan tani bagi kukuhkan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pusat atau maahad tahfiz digalakkan menyertai bidang keusahawanan termasuk dalam bidang pertanian dalam mengukuhkan kewangan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ini bagi mentransformasikan pusat tahfiz sebagai industri pendidikan berdaya maju.

“Kita tahu tradisinya meminta bantuan, maklumlah pusat tahfiz didirikan hasil sumbangan orang ramai.

“Jadi menerusi bidang keusahawanan pertanian dapat mewujudkan atau mengukuhkan kewangan kerana banyak agensi boleh membantu mereka (dalam bidang pertanian),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pecah tanah Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor di Sungai Panjang, hari ini.

Menurut beliau, saranan tersebut juga adalah kepada pihak surau dan masjid dalam mengaplikasikan ruang yang ada dalam aspek pertanian khususnya.

“Pada peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun saya minta Majlis Agama Islam berkaitan memberikan bantuan untuk mendirikan agrofarming di kawasan Projek Perumahan Rendah (PPR),” ujarnya.

Mengulas mengenai kompleks tersebut, Idris memaklumkan kewujudannya itu sebagai melambangkan demokrasi pendidikan di negara ini.

“Ia akan menempatkan 600 hingga 800 pelajar dan berharap nilai ilmu yang diterapkan adalah adalah kukuh dan tidak berasaskan kepada ilmu peperiksaan sahaja,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN