fbpx

Warga Singapura masih ‘rompak’ RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan sebuah kenderaan warga Singapura yang sedang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, petang semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki dipercayai warga Singapura mengisi minyak bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Johor mengundang kecaman pengguna di media sosial.

Aksi lelaki itu tular selepas sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna dikenali sebagai Dan Leon di laman Facebook.

Berdasarkan maklumat pada gambar yang tular itu, kejadian tersebut dirakam di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Gambar itu dipercayai dirakam pukul 2.46 petang semalam dan jelas menunjukkan nombor pendaftaran kenderaannya didaftarkan di negara jiran.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNHEP) menegaskan hanya petrol RON97 dibenarkan dijual kepada kenderaan asing manakala RON95 dilarang kerana ia merupakan bahan api subsidi dan tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“Mohon pihak KPDNHEP mengambil tindakan tegas terhadap pemandu dan pemilik stesen minyak kerana menjual petrol bersubsidi kepada warga asing,” tulis Akim Manjor.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali Asmanizam Abdul Samad.

“Sepatutnya KPDNHEP sudah boleh buat sesuatu, contohnya khas pam tertentu untuk kenderaan Singapura.

“Kakitangan stesen minyak perlu memainkan peranan memastikan kenderaan Singapura memasuki kawasan dikhaskan dan isi RON97,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI